Sekiranya anda seorang gangster, binatang apa yang sesuai menggambarkan identiti anda?
Sekiranya anda seorang gangster, binatang apa yang sesuai menggambarkan identiti anda?
Kita sering mendengar pelbagai nama-nama yang digunakan oleh gangster besar. Contohnya ada yang meletak nama sebagai Lan Singa, Man Gajah, Din Tiger, dan pelbagai. Jom kita teka apakah binatang yang sesuai untuk diri anda. Ganas atau jinak, manja atau pemangsa. Selamat mencuba!
Kita sering mendengar pelbagai nama-nama yang digunakan oleh gangster besar. Contohnya ada yang meletak nama sebagai Lan Singa, Man Gajah, Din Tiger, dan pelbagai. Jom kita teka apakah binatang yang sesuai untuk diri anda. Ganas atau jinak, manja atau pemangsa. Selamat mencuba!

Apakah warna pilihan anda?
Apakah nombor pilihan anda?
Anda berhadapan 4 orang budak-budak yang kurang ajar. Apakah senjata pilihan anda?
Anda telah menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali, dan dia telah cabar anda fight 'one by one' di sebuah taman permainan. Anda akan...
Ketika keadaan tegang dan diambang tercetusnya pergaduhan, anda akan ambil pendekatan...
Apakah bisnes haram pilihan anda?
Sanggupkah anda patuh pada arahan seorang ketua?
Anda telah dihubungi oleh Mafia antarabangsa dan mereka mengajak anda untuk berkerjasama. Adakah anda setuju?
Bagaimanakah anda melihat kejayaan di alam gangster?
Sekiranya anda telah dikepung polis, apakah yang anda akan lakukan?
Naga
Naga
Naga adalah identiti paling tepat untuk anda. Anda boleh menggunakan gelaran Naga atau Dragon. Seorang gangster yang berani dan luas pengaruhnya. Anda menguasai aset-aset dan lokasi strategik dan berpandangan jauh dalam membina empayar kongsi gelap.
Harimau
Harimau
Harimau adalah identiti paling tepat untuk anda. Anda boleh menggunakan gelaran Harimau, Rimau atau Tiger. Seorang gangster yang pantang menyerah, berani dan tangkas. Banyak musuh gerun dengan nama dan kelibatnya.
Gajah
Gajah
Gajah adalah identiti paling tepat untuk anda. Anda boleh menggunakan gelaran Gajah tetapi anda hendaklah membesarkan badan sekiranya anda kurus. Yelah, mana ada orang kurus guna gelaran Gajah kan. Anda digambarkan seorang gangster yang hati kering, berani langgar, berani lawan dan berani mati. Kekuatan fizikal menjadi aset utama.
Burung Helang
Burung Helang
Helang adalah identiti paling tepat untuk anda. Anda boleh menggunakan gelaran Helang atau Lang. Seorang gangster yang mempunyai daya pemikiran dan pemerhatian yang tinggi. Seorang yang tidak bertindak terburu-buru, pintar dan boleh berubah menjadi pemangsa yang ganas sekelip mata.
Singa
Singa
Singa adalah identiti paling tepat untuk anda. Anda boleh menggunakan gelaran Singa pada nama anda. Seorang gangster yang sentiasa ingin berada di ranking teratas. Lebih suka beraksi sendiri dan menumpaskan musuh dengan tangan sendiri. Kerana minatnya adalah pada perlawanan dan pertempuran yang menguji kekuatan.
Belalang
Belalang
Hahaha... anda hanyalah seekor belalang kunyit... Inilah gelaran yang paling sesuai untuk anda memandangkan anda seorang gangster yang separuh berani. Dan inilah binatang yang paling kecil antara binatang yang lain. Anda adalah seorang gangster yang pandai mengambil peluang dan kesempatan. Seorang gangster yang hanya mencari keuntungan untuk diri dan kumpulan sendiri.